Isnin, 28 Mac 2022

RUMAH PENYEMBELIHAN HAIWAN MENYOKONG INDUSTRI RUMINAN DAN MENJAMIN KESELAMATAN MAKANAN


 29 Mac 2022, Selasa 

KOTA BELUD: Rumah Penyembelihan Haiwan (RPH) yang dikendalikan oleh Jabatan Veterinar Sabah menjamin keselamatan makanan.

Menurut Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Jeffrey G. Kitingan berkata, pembinaan RPH merupakan satu usaha kerajaan untuk menyokong perkembangan industri ruminan yang semakin berkembang, selain memastikan bekalan makanan mencukupi dan keselamatannya juga terjamin.

Beliau berkata terdapat peraturan yang perlu dipatuhi bagi mengawal aktiviti penyembelihan untuk memastikan makanan berasaskan haiwan selamat untuk kegunaan awam.

"RPH ini menyediakan perkhidmatan pemeriksaan veterinar bagi mengawal penyakit zoonotik serta memastikan hasil keluaran RPH selamat untuk dimakan."

Oleh itu, semua pengusaha diserukan agar dapat memanfaatkan fasiliti yang disediakan untuk menghasilkan produk bermutu dan berdaya saing.

Jeffrey berkata semasa berucap merasmikan RPH Ruminan Kota Belud, kelmarin. 

Selain daripada itu, beliau yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan mendedahkan bahawa RPH Kota Belud berkenaan merupakan RPH keempat di Sabah dan menelan kos pembinaan sebanyak RM1.53 juta.

"Dua buah RPH lagi akan dibina di daerah Keningau dan dijangka akan siap pada 2023.

"Diharapkan fasiliti ini dapat memberikan manfaat kepada para pengguna dan penduduk setempat, seterusnya dapat membangunkan aktiviti hiliran dengan lebih rancak," ujarnya beliau.

Turut hadir sama dalam majlis itu ialah Timbalan Menteri Pertanian dan Perikanan, Hendrus Anding, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Bahagian Pentadbiran, Doris William, Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian dan Perikanan, Datuk Mariana Tinggal, Pengarah Jabatan Veterinar Sabah, Dr. Hajah Normah Yusop dan Pegawai Daerah, Abdul Sani Arsat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...