Isnin, 21 Mac 2022

DALAM PERJANJIAN CCA, SABAH DIBERI PELUANG SERTAI INDUSTRI MINYAK DAN GAS – Masidi


21 Mac 2022, Isnin

KOTA KINABALU: Dalam Perjanjian Commercial Collaboration Agreement (CCA) yang telah ditandatangani pada 7 Disember tahun lalu, Kerajaan Negeri dan PETRONAS bersetuju untuk memastikan Sabah mencapai perkongsian hasil, penyertaan dan penguasaan yang lebih besar dalam industri minyak dan gas di Sabah secara komersial.

Menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata dengan termeterainya CCA, Sabah diberi peluang tinggi dalam industri minyak dan gas melalui aktiviti huluan (upstream), LNG (liquefied natural gas) dan hiliran (downstream) sekaligus mengekalkan hak perundangannya.

Masidi berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Wakil Rakyat Segama Datuk Mohamaddin Ketapi dan Datuk Ewon Benedick (Kadamaian) di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

“Kerajaan Negeri melalui anak syarikat kerajaan negeri juga diberi peluang untuk menyertai peratus pegangan saham yang lebih tinggi bagi memastikan keuntungan industri minyak dan gas ini dapat memberi pulangan atau hasil yang tinggi kepada Kerajaan Negeri dan seterusnya dapat dinikmati oleh rakyat melalui perancangan pembangunan negeri yang akan merancakkan aktiviti ekonomi negeri ini”
Susulan dengan perkara itu, PETRONAS akan terus komited untuk membayar tunai (cash payment) royalti minyak dan cukai jualan negeri sebagai sebahagian daripada mendapatkan perkongsian hasil yang lebih besar (greater revenue sharing) dalam industri minyak dan gas.

“Berdasarkan ringkasan intipati perjanjian tersebut maka dapat disimpulkan Kerajaan Negeri mendapat manfaat dalam peluang untuk menyertai lebih banyak aktiviti minyak dan gas di negeri ini,” kata Masidi.

Perjanjian ini juga memberi hak kepada Kerajaan Negeri dalam industri minyak dan gas untuk memudahkan kerjasama komersial dengan anak syarikat kerajaan negeri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...