Ahad, 20 Mac 2022

6 ORANG LELAK DITAHAN AKIBAT KES RUSUHAN DI TAWAU


 21 Mac 2022, Isnin

TAWAU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tawau telah menerima laporan berkaitan satu klip video rusuhan yang tular di media sosial bertempat di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, sini, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin bin Hussin berkata kejadian itu dipercayai berpunca salah faham antara penduduk kampung mengenai isu pembinaan atau pembaikan jambatan di satu kawasan yang terlibat dalam kebakaran pada 17 Mac lalu, mengakibatkan seramai 6 orang cedera dalam rusuhan tersebut. 

Hasil daripada siasatan itu, pihak PDRM berjaya membuat tangkapan ke atas 6 orang lelaki berkenaan iaitu 4 warga tempatan dan 2 warga asing yang berumur dalam lingkungan 20 tahun hingga 70 tahun yang dikenalpasti terlibat dalam kes ini. 

Sementara itu, tangkapan itu telah mendapatkan rawatan yang lanjut di hospital.

“Kes siasatan ini akan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai lima taun atau denda atau kedua-duanya dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imgresen 1959/1963.”

Susulan dengan perkara itu, kesemua suspek yang ditangkap itu telah dihadapkan ke mahkamah majistret tawau untuk mendapatkan perintah reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah. 

Jasmin berkata orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan nkes ini bagi mengelakkan kekeliruan dan kegusaran masyarakat serta menganggu siasatan pihak polis.
Tambahannya, masyarakat juga dinasihatkan untuk tidak sesekali menularkan maklumat-maklumat yang tidak sahih kepada umum. 

“Sebarang maklumat berkenaan dengan kes ini boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah ASP Yusman Syahri bin Marinsah di talian 013-8608200 atau Pegawai Penyissat Kes Inspektor Farid Idham bin Mohd Affandi di talian 013-4671783 atau mana-mana balai polis dan ibu pejabat polis daerah yang berhampiran” katanya dalam media kenyataan hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...