Ahad, 20 Mac 2022

SEBUAH RUMAH GURU MUSNAH TERBAKAR, SEORANG WANITA CEDERA


21 Mac 2022, Isnin

BEAUFORT: Sebuah rumah guru musnah dalam kebakaran mengakibatkan seorang wanita berumur 59 tahun cedera di Weston, semalam. 

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort menerima panggilan kecemasan pada jam 10.28 malam mengenai kejadian itu.

Sepasukan anggota diketuai Pegawai Operasi, PBK II (KUP) Willy Gilberd bergegas ke lokasi tersebut.

Semasa operasi dijalankan, didapati rumah jenis kekal berukuran 40’x50′ itu terbakar 100%. 

Pasukan bomba melakukan pemadaman menggunakan 2 aliran 200′ 2 pancutan menggunakan sumber air terbuka iaitu kolam. 

Mengikut laporan yang diberi, terdapat seorang mangsa perempuan cedera melecur di bahagian belakang. Mangsa berkenaan telah dihantar ke hospital oleh orang awam. 

Operasi ditamatkan pada jam 12.33 tengah malam selepas pihak bomba melakukan pemeriksaan di lokasi tersebut bagi memastikan tiada lagi bahaya lain terlibat. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...