Jumaat, 4 Mac 2022

BOT KARAM, 2 ORANG LELAKI HILANG SEMASA AKTIVITI MEMUKAT


4 MAC 2022

KUDAT: Dua orang lelaki dilaporkan hilang selepas bot yang dinaiki karam semasa melakukan aktiviti memukat di laut Perapat Tugu Mamal, semalam.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Negeri Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS999 pada jam 6.04 petang.

Sepasukan anggota diketuai Pegawai Operasi, PBK II Sentey Bakau daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat bergegas ke lokasi kejadian tersebut.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diterukan terhadap kedua-dua mangsa yang berusia 20 dan 28 tahun.

Tambahan pula, operasi telah disambung pada jam 6 pagi tadi di sekitar persisiran pantai. 

Sementara itu, pasukan bomba turut dibantu oleh pihak polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APMM) dan orang kampung semasa menjalankan operasi mencari mangsa dengan kaedah surface Rescue.

Operasi pencarian seluas 30 batu nautika persegi tertumpu di sekitar persisiran disebabkan cuaca hujan di lokasi kejadian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...