Jumaat, 4 Mac 2022

SABAH MENCATAT 2,131 KES BAHARU HARI INI, JANGKITAN SPORADIK TETAP TINGGI


4 MAC 2022

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 2,131 (+586) kes positif Covid-19 baharu pada hari ini.

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, walau bagaimanapun kes harian menurun dengan jumlah skala yang besar, jangkitan sporadik dalam komuniti masih tinggi dengan jumlah 69.03%. 

Katanya, jangkitan sporadik merupakan penyumbang utama kes-kes baharu di 25 daripada 27 daerah.

Berdasarkan laporan yang diberi, terdapat 5 daerah mencatatkan kes tiga angka iaitu Kota Kinabalu dengan 677 kes, Penampang 199 kes, Tuaran 145 kes, Papar 122 kes dan Kota Belud 100 kes.

Sementara itu, 19 sebanyak 18 daerah lagi mencatatkan kes dua angka dan tiga daerah iaitu Semporna, Kalabakan dan Kunak mencatatkan kes satu angka.

Sejumlah 99.39% atau 2,118 daripada 2,131 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, 6 kes dalam Kategori 3, 6 kes dalam Kategori 4 dan 1 kes dalam Kategori 5.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...