Khamis, 24 Mac 2022

BAGI MENGELAK KEJADIAN BERULANG, WAKIL RAKYAT AMBIL LANGKAH AWAL

25 Mac 2022, Jumaat 

KENINGAU: Hujan lebat berterusan selama beberapa hari lalu telah menyebabkan hakisan pada benteng perparitan utama di kawasan gerai Bayayo Enterprise kepunyaan penduduk kampung Labak. 

Limpahan air banjir itu membawa ketulan batuan dan tanah liat mengalir masuk ke kawasan premis dan mengalir hingga ke arah jambatan Sungai Bayayo mengakibatkan banyak kerosakan. 

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Bingkor, Junior Fred Vincent Marukau bersama staf Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) telah melakukan lawatan ke lokasi tersebut bagi mengenalpasti punca dan merancang jalan penyelesaian.

Dalam lawatan itu, pemilik premis memohon bantuan untuk membina semula benteng bagi mengelakkan air banjir melimpah semula apabila berlaku hujan dalam masa terdekat.

Susulan dengan perkara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor, Datuk Robert Tawik bertindak pantas menyelesaikan permasalahan itu dengan menghantar jentera ‘backhoe’ untuk melakukan kerja-kerja pembinaan semula benteng yang telah rosak bagi mengelakkan kejadian berulang dan memusnahkan beberapa gerai.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...