Khamis, 24 Mac 2022

5 BUAH RUMAH MUSNAH TERBAKAR


KOTA KINABALU: Sebanyak lima buah rumah musnah terbakar di Jalan Maktab Sabah, Kampung Kopungit, pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu dan seramai 15 anggota bergegas ke lokasi kejadian tersebut.

Lokasi kejadian itu terletak 3 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu.

Katanya, pihak Bomba masih menjalankan operasi memadam kebakaran di lokasi itu dan maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...