Khamis, 24 Mac 2022

PELAN TINDAKAN PEMBANGUNAN LADANG HUTAN MENJADI PANDUAN TRANSFORMASI DI SABAH


25 Mac 2022, Jumaat 
 
TUARAN: Pelan Tindakan Pembangunan Ladang Hutan 2022-2036 yang dirangka oleh Jabatan Perhutanan Sabah akan dijadikan sebagai panduan dalam mentransformasikan ladang hutan di negeri Sabah.

Menurut Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata, sambil memuji inisiatif itu, beliau berkata, ia akan menjadi pelan tindakan pembangunan ladang hutan untuk tempoh 15 tahun akan datang.

“Ini adalah tindakan strategik dan penentu untuk mengubah ladang hutan kita ke arah mencapai penggunaan tanah yang mampan untuk mengukuhkan tanaman hasil kayu di Sabah.

“Pelan tindakan ini memberi panduan dalam pembangunan ladang hutan mengikut prinsip pengurusan hutan lestari, seperti yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (2021-2025) dan Dasar Hutan Sabah 2018.

“Adalah menjadi harapan saya, menjelang tahun 2035, sasaran 400,000 hektar ladang hutan dan keupayaan kapasiti pengeluaran sekurang-kurangnya 6 juta meter padu setahun akan tercapai,” kata Hajiji semasa merasmikan sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2022 Peringkat Negeri Sabah di Hutan Simpan Sulaman Lake, di sini hari ini.

“Ini adalah tindakan strategik dan penentu untuk mengubah ladang hutan kita ke arah mencapai penggunaan tanah yang mampan untuk mengukuhkan tanaman hasil kayu di Sabah.

“Pelan tindakan ini memberi panduan dalam pembangunan ladang hutan mengikut prinsip pengurusan hutan lestari, seperti yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (2021-2025) dan Dasar Hutan Sabah 2018.

Bagi mencapai sasaran ini, Ketua Menteri berkata, sejumlah 23,850 hektar penanaman telah ditetapkan kepada 18 buah Perjanjian Lesen Pengurusan Hutan Mampan (SFMLA) pada tahun ini. 

“Pencapaian sasaran ini bagaimana pun memerlukan komitmen padu pemain sedia ada, dan pelaburan baharu. Justeru, saya menggesa kepada semua pemegang lesen SFMLA untuk kekal komited dan berusaha gigih dalam mencapai sasaran bagi kawasan masing-masing,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Hajiji turut berasa bangga kerana Sabah berjaya melakar kejayaan signifikan dalam mendahului rekod pencapaian penanaman pokok di seluruh Malaysia menerusi Kempen Penghijauan Negara melalui Penanaman 100 Juta Pokok, pada suku pertama tahun ini.

“Saya berharap rekod ini dapat dikekalkan dan seterusnya Sabah dapat mencapai sasaran penanaman 8 juta pokok pada tahun ini. 

“Justeru, saya ingin menyeru kepada seluruh rakyat Sabah, terutamanya para hadirin sekalian untuk sama-sama menggiatkan inisiatif ini di kawasan masing-masing,” katanya.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Dr. Jeffery Kitingan yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan; Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Haji Mohd. Arifin Haji Mohd. Arif; Setiausaha Persekutuan Sabah, Dato’ Sarul Bahiyah Haji Abu dan Ketua Konservator Hutan Sabah, Datuk Frederick Kugan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...