Khamis, 24 Mac 2022

1,248 PESAKIT COVID-19 SEMBUH - MASIDI


 25 Mac 2022, Jumaat 

KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun memaklumkan bahawa seramai 1,248 pesakit Covid-19 sembuh yang dijadikan kumulatif berjumlah 343,913 orang pada tarikh 24 Mac 2022.

Menurutnya,  pesakit pula sedang menerima rawatan iaitu 393 orang di hospital, 71 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) awam dan 1 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS).

Selain daripada itu, terdapat 2 kes kematian Covid-19 dilaporkan dan masing-masing mempunyai satu kes di daerah Keningau dan Kota Belud. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat. 

Pasukan Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah melaksanakan penguatkuasaan SOP yang melibatkan 219 pemeriksaan di kawasan Pantai Timur dan 59 pemeriksaan di perairan Kota Kinabalu dan Labuan.

Hasil daripada pemeriksaan itu, tiada sebarang tangkapan dibuat.

“Sebanyak 937 premis perniagaan telah diperiksa oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di bawah kawalan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan serta tiada sebarang kompaun, notis dan amaran dikeluarkan.” Katanya.

Seterusnya, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menjalankan Operasi Pematuhan SOP ke atas 180 premis perniagaan dan 245 individu di 18 kawasan.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah melaksanakan Rondaan Agen Basmi Covid-19 (ABC-19) dan Rondaan Pemantauan Pematuhan SOP Peringkat Komuniti di 143 premis perniaggan melibatkan 56 Anggota APM sementara Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dilaksanakan melibatkan 125 anggota.

"Sebanyak 2 premis sanitasi awam dilaksanakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melibatkan dua anggota BBP"

Masidi juga berkata sebanyak 156 hebahan umum turut dilaksanakan oleh Unit Promosi Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

Laporan: Sheryn Tom 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...