Selasa, 22 Mac 2022

ANGKARA CEMBURU, SEORANG LELAKI DITAHAN AKIBAT TETAK LEHER ISTERI


23 Mac 2022, Rabu 

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 31 tahun tergamak menetak leher isterinya sehingga mati disebabkan perasaan cemburu di sebuah bilik tingkat tiga yang di sewa pasangan terbabit, Jalan Segama, semalam. 
 
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 10.50 malam selepas suspek dikatakan pertengkaran antara suspek dan isternya yang berusia 23 tahun. 

Katanya, suspek gagal menahan kemarahannya sebelum pergi ke bahagian dapur lalu mengambil sebilah pisau dan menyerang mangsa sehingga mengalami kecederaan di bahagian leher kanan, muka tangan dan perut.”

“Suspek sendiri bertindak menghubungi talian kecemasan 999 untuk memaklumkan dia menetak isterinya dengan pisau pada jam 11.47 malam dan menyerahkan diri.”

Sepasukan anggota serta pegawai bergegas ke lokasi dan mendapati mangsa dalam keadaan berlumuran darah dan terbaring di atas tilam.

Mangsa berkenaan disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
"Suspek akan direman untuk tindakan lanjut manakala mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) bagi tujuan calitan COVID-19 dan bedah siasat," katanya.
Sementara itu, pihak polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu bertindak menahan suspek yang masih berada di lokasi kejadian.

Mohd Zaidi berkata hasil pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian berjaya merampas sebilah pisau dan parang pemotong daging dan salah satunya dipercayai digunakan suspek ketika kejadian.

Suspek yang bekerja sebagai buruh binaan dibawa ke IPD Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut dan kes siasatan ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...