Rabu, 23 Mac 2022

YAYASAN NUR JAUHAR BERI SUMBANGAN KEPADA 57 AHLI PERSATUAN PVATM


23 Mac 2022, Rabu 

TAWAU: Seramai 57 orang ahli Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) telah menerima sumbangan daripada Yayasan Nur Jauhar, sini petang tadi.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Toh Puan Hajah Norlidah Datuk R.M Jasni dan penerimanya adalah dalam kalangan pesara tentera yang uzur, balu serta waris dalam kategori Orang Kurang Upaya (OKU).   

Tambahan pula, Yayasan Nur Jauhar juga turut menyumbang sebanyak RM50,000 kepada mangsa kebakaran Kampung Kurnia Jaya, yang disampaikan kepada Jabatan Bantuan Kecemasan Majlis Perbandaran Tawau (MPT).

Ketua PVATM Cawangan Tawau Julaydi Mattuju mengucapakan berterima kasih kepada Yayasan Nur Jauhar kerana sudi memberikan sumbangan tersebut.

Katanya, sumbangan itu amat bermakna kepada semua penerima kerana mereka memang sangat memerlukan bantuan.

“PVATM Tawau sangat menjaga kebajikan semua ahlinya terutamanya yang uzur serta waris pesara dalam kategori miskin dan OKU.”

Beliau mengharapkan agar lebih ramai lagi pihak tampil membantu ahli PVATM yang susah kerana ada dalam kalangan mereka yang tidak mempunyai sumber pendapatan.

“Saya juga berharap dengan sumbangan yang diberikan daripada Yayasan Nur Jauhar ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dan meringankan beban mereka,” 

“Orang ramai perlu menghargai jasa dan pengorbanan semua pesara tentera kerana mereka sudah banyak berkorban demi negara.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...