Selasa, 22 Mac 2022

STOR PENYIMPANAN MINYAK MUSNAH DIJILAT API DI TAWAU


 23 Mac 2022, Rabu

TAWAU: Sebuah stor penyimpanan minyak musnah dijilat api di kampung Harapan, Pulau Sebatik pada waktu petang, kelmarin.

Menurut Ketua Balai, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, TPgB Julius John berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.20 petang mengenai kejadian itu.

Seramai 8 anggota daripada Pasukan Bomba Sukarela (PBS), Pulau Sebatik diketuai Hamdan Sarapudin bergegas ke lokasi kejadian sejauh 5-kilometer bagi memulakan operasi pemadam api kebakaran. 

Semasa operasi dijalankan, kebakaran yang melibatkan kios penyimpanan minyak seluas 15'x20' didapati terbakar 100%. 

Pasukan PBS Pulau Sebatik menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran satu pancutan 100-kaki dengan sumber air dari paip domestik.

Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan mangsa dilaporkan. 

Operasi itu ditamatkan pada jam 6.40 petang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...