Selasa, 15 Mac 2022

4,728 GRADUAN DIRAIKAN SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN KE-22 UMS

 
16 Mac 2022, Rabu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Naib Canselor UMS, YBhg Profesor Datuk ChM. Dr. Taufiq Yap Yun Hin di Menara Kinabalu, kelmarin.

Kunjungan hormat itu bertujuan untuk menyampaikan jemputan kepada Hajiji untuk menghadiri Majlis Konvokesyen ke-22 Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta taklimat mengenai istiadat yang bakal diadakan pada 26 Mac hingga 31 Mac ini.

Menurutnya, seramai 4,728 graduan diraikan sempena majlis konvokesyen tersebut.

"pastinya para graduan sudah ternanti-nanti untuk menyarung jubah konvokesyen dan meraikan kejayaan mereka di menara gading, lebih-lebih lagi apabila majlis konvokesyen terpaksa ditangguh berikutan negara masih berdepan dengan pandemik COVID-19"

Hajiji berkata, ini adalah satu berita gembira buat semua graduan yang telah tamat pengajian. 

"Seramai 2,643 graduan berasal dari Sabah, manakala 134 merupakan pelajar antarabangsa. Dalam jumlah ini, 67 siswazah yang akan menerima PhD dan 287 menerima Ijazah Sarjana."

Beliau mengucapkan tahniah kepada semua para graduan atas kejayaan menamatkan pengajian masing-masing.

#BorneoOnlineMedia #BeritaSabahan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...