Selasa, 15 Mac 2022

OPERASI CEGAH JENAYAH DILAKSANAKAN DEMI KESELAMATAN MASYARAKAT DI TAWAU

16 Mac 2022, Rabu

TAWAU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Tawau telah melaksanakan operasi membanteras isu dadah di sekitar kawasan Tawau. 

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Bin Hussin berkata operasi yang dijalankan secara berkala ini bertujuan untuk membanteras pengedar, penagih dan pembekal dadah yang menjadi racun di kalangan masyarakat. 

Menurutnya, semasa melakukan Operasi Cegah Jenayah, seorang lelaki telah ditahan kerana disyaki memasukkan dadah ke dalam tubuh badan sendiri. 

Suspek itu telah dibawa balik ke IPD Tawau untuk siasatan yang lanjut. 

"Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek tersebut positif dadah dan kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952."

Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada anggota yang terlibat dalam bertungkus lumus menjalankan operasi membanteras isu dadah tanpa mengira penat dan lelah. 

Tambahannya, beliau berharap agar masyarakat berkongsi maklumat mengenai aktiviti-aktiviti jenayah kepada pihak polis bagi mengurangkan kadar jenayah indeks untuk mencapai misi bandar sejahtera dan selamat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...