Selasa, 15 Mac 2022

5 KES KEMATIAN DILAPORKAN AKIBAT COVID-19 DI SABAH

                       Gambar hiasan

16 Mac 2022, Rabu

KOTA KINABALU: Sebanyak 5 kes kematian telah dilaporkan pada tarikh 15 Mac 2022 dan setiap daerah mempunyai satu kes masing-masing di daerah Kota Kinabalu, Kuala Penyu, Kota Belud, Tenom serta Beaufort.

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata seramai 1,391 pesakit Covid-19 sembuh yang dijadikan kumulatif berjumlah 332,595 orang manakala 607 pesakit pula sedang menerima rawatan iaitu 809 orang di hospital, 191 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) awam, 8 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan 3 orang di fasiliti swasta. 

Tambahannya, terdapat satu kluster baharu yang dilaporkan hari ini iaitu kluster di Jalan Tambalang, Tuaran.

Seterusnya, Pasukan Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah melaksanakan penguatkuasaan SOP yang melibatkan 209 pemeriksaan di kawasan Pantai Timur dan 42 pemeriksaan di perairan Kota Kinabalu dan Labuan.

Hasil daripada pemeriksaan itu, tiada tangkapan yang dilaporkan. 

“Sebanyak 798 premis perniagaan telah diperiksa oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di bawah kawalan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan serta tiada sebarang kompaun, notis dan amaran dikeluarkan.” Katanya.

Sementara itu, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menjalankan Operasi Pematuhan SOP ke atas 558 premis perniagaan dan 933 individu di 18 kawasan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...