Selasa, 15 Februari 2022

Pastikan Bekalan Kit RTK Antigen Kendiri Mencukupi - PPBPBS


KOTA KINABALU: Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah meminta pihak berkuasa untuk memastikan bekalan kit RTK Antigen kendiri disediakan secukupnya di pasaran agar dapat memenuhi permintaan orang untuk mendapatkannya sejak penularan penyakit Covid-19 dan varian Omicron yang semakin meningkat. 

Menurut Presiden David Chan (dalam gambar), keadaan varian Omicron Covid-19 yang semakin menular permintaan terhadap alat tersebut didapati semakin bertambah. Beliau mengesahkan pihak berkuasa untuk memastikan tidak ada mana-mana pihak yang boleh mengambil kesempatan menaikkan harga barangan yang telah dikawal oleh kerajaan.

“Dalam isu ini kita tidak pasti mengapa ada laporan bekalan kit RTK antigen kendiri tidak cukup sama ada penjual mendapatkan sendiri daripada pengeluar atau berpunca daripada orang tengah.” Katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata bahawa mereka akan mengadakan pertemuan dengan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.

David meminta orang ramai agar lebih bijak dalam mendapatkan bekalan tersebut dengan membeli di farmasi dan kedai-kedai yang dibenarkan oleh pihak berkuasa. Hal ini kerana, kedai-kedai yang berkenaan perlu mendapatkan kebenaran khas daripada KPDNHEP dan tidak sepatutnya berlaku kenaikan harga atau kekurangan bekalan. 

Beliau berharap agar keadaan dalam masyarakat yang bimbang dengan peningkatan kes positif Covid-19 ini cukup dengan bekalannya di pasaran supaya melakukan ujian pantas tersebut.

-Tamat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...