Selasa, 15 Februari 2022

Hanya 32,186 Kanak-kanak Mendaftar PICKIDS di Sabah

KOTA KINABALU: Sebanyak 32,186 kanak-kanak berumur antara 5 sehingga 12 tahun ke bawah sahaja mendaftar Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICkids) melalui aplikasi Mysejahtera di Sabah pada ahad yang lalu.

Menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata jumlah angka itu mewakili 10 peratus daripada 411,400 kanak-kanak masih rendah berbanding jumlah keseluruhan yang layak dalam kumpulan sasar di negeri ini.

Hajiji menasihatkan bahawa ibubapa dan penjaga yang mempunyai anak berumur yang berkenaan mengambil peluang untuk mendaftarkan mereka untuk vaksinasi di bawah PICKids.

"Sehingga semalam, seramai 9,686 kanak-kanak atau kira-kira 7% daripada mereka mendaftar telah menerima dos pertama sejak PICKids bermula di Sabah pada 3 Febuari lalu," katanya sempena Majlis Pelancaran PICKids peringkat negeri di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di Likas pada hari ini.

Beliau juga menyatakan bahawa program berkenaan mula dilaksanakan di lima hospital iaitu HWKKS Hospital Duchess of Kent Sandakan, Hospital Keningau, Hospital Lahad Datu dan Hospital Tawau. Program itu telah diperluaskan ke seluruh negeri dengan penubuhan sebanyak 145 Pusat Pengambilan Vaksin (PPV) yang melibatkabn 109 Klinik kesihatan, 22 hospital, 18 klinik swasta dan 4 PPV awam yang akan dipantau oleh pakar dan pegawai perubatan.

Katanya, kerajaan akan meneruskan program vaksinasi ini untuk melindungi kanak-kanak, khususnya mereka yang berumur antara 5 sehingga 12 tahun dan ia adalah sebahagian usaha kerajaan untuk melindungi kanak-kanak daripada jangkitan Covid-19. 

Mengikut pemerhatian yang dilaporkan, lebih 500 kanak-kanak yang berumur 11 tahun ke bawah masih tidak divaksin antara 3,891 kes baharu Covid-19 yang dikesan pada Ahad lalu.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggunakan ‘Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion’ daripada vaksin PfizerBioNTech yang dirumus khas untuk kanak-kanak dan diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Malaysia di bawah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).” Oleh kerana itu, ia telah diluluskan untuk penggunaan selamat dan mempunyai keberkesan untuk melindungi kanak-kanak daripada penularan jangkitan tersebut.

Beliau berkata program vaksinasi kanak-kanak memerlukan dua dos vaksin selepas 8 minggu agar memberikan imuniti dan kadar keberkesanan yang lebih tinggi dengan potensi perlindungan yang lebih lama. Tambahan pula, vaksin di bawah PICKids adalah percuma untuk mereka yang tinggal di Sabah tanpa mengira status kewarganegaraan. 

"Pemberian vaksin adalah secara sukarela dan ibu bapa atau penjaga perlu menandatangani surat kebenaran bertulis sebelum anak mereka layak menerima vaksin COVID-19.”

Katanya, sistem tempahan janji temu yang diwujudkan dalam aplikasi MySejahtera memberi kebebasan kepada ibubapa dan penjaga untuk memilih tarikh, masa serta PPV yang paling sesuai untuk anak mereka yang menerima vaksin itu dan para ibubapa juga boleh membawa anak-anak mereka untuk menerima vaksin secara datang terus (walk in) di PPV yang berhampiran. 

"Proses vaksinasi untuk murid sekolah sudah bermula pada 12 Feb 2022 di PPV sekolah, manakala Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk menjalankan program vaksinasi outreach di sekolah di bawah bidang kuasa masing-masing.”

Beliau kata pelancaran rasmi PICKids Sabah menunjukkan komitment dan keiklasan kerajaan negeri untuk memastikan kanak-kanak yang berumur 5 sehingga 12 tahun di sabah dapat menerima vaksin Covid-19. 

-tamat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...