Khamis, 17 Februari 2022

Lelaki Bertindak Bakar Diri, Terminum Petrol Akibat Kecewa Bekas Teman Wanita Curang

KANGAR - Lelaki yang kritikal selepas melecur 96 peratus pada badan kerana membakar dirinya di atas Jambatan Jalan Kampung Syed Omar Bintong, dekat sini pada malam Rabu, meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew kepada pemberita pada Khamis.Beliau memberitahu, polis menerima makluman tentang keadaan terkini lelaki berusia 28 tahun itu pada hari sama.
Bagaimanapun, katanya, maklumat tentang waktu kematian mangsa tidak diberitahu kepada polis.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan lelaki itu didakwa tekad membakar dirinya kerana kecewa dengan tindakan bekas teman wanita yang mempunyai kekasih baharu.
Wari berkata, berkata, keluarganya telah tampil memberikan keterangan dan menjelaskan mangsa merupakan seorang pesakit psikiatri yang masih menerima rawatan sebagai pesakit luar di Jabatan HTF Menurutnya, lelaki itu pernah beberapa kali cuba membunuh diri dan kejadian pertama pada Januari lalu di mana mangsa pernah mengelar kedua-dua belah tangan namun berjaya diselamatkan oleh keluarga mangsa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...