Khamis, 17 Februari 2022

KOTA KINABALU: Sabah masih merekodkan jangkitan kes baharu COVID-




KOTA KINABALU: Sabah masih merekodkan jangkitan kes baharu COVID-19 yang tinggi dengan jumlah sebanyak 4,794 kes hari ini melibatkan penurunan sebanyak 288 kes berbanding semalam.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, jumlah jangkitan sporadik dalam komuniti kekal tinggi iaitu 3,076 kes atau hampir 64.2 peratus daripada jumlah jangkitan.
Katanya, sebanyak 13 daerah mencatatkan kes tiga angka termasuk Kota Kinabalu 904 kes, Penampang 513 kes, Sandakan 459 kes, Tuaran 444 kes, Papar 347 kes, Tawau 273 kes, Lahad Datu 242 kes, dan Beaufort 203 kes.
Menurutnya, jumlah kluster di seluruh Sabah juga meningkat kepada 41 kluster berikutan pertambahan tiga kluster baharu kesemuanya kluster institusi pendidikan.
"Kluster Batu Enam Kota Belud melibatkan pelajar asrama Sekolah menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi 2. Kes indeks seorang pelajar perempuan berumur 15 tahun yang mula bergejala pada 9 Februari lepas sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Kota Belud dan didapati positif pada 10 Februari 2022.
"Bagi Kluster Jalan Sugut Ranau yang melibatkan warga SMK Ulu Sugut, kes indeks seorang guru wanita berumur 39 tahun yang dikesan melalui saringan bergejala pada 7 Februari lepas.
"Satu lagi kluster institusi pendidikan iaitu Kluster Kemburongoh 2 melibatkan warga SMK Kemburongoh dengan kes indeks seorang lelaki berumur 52 tahun iaitu pengawal keselamatan di SMK Kemburongoh yang dikesan positif melalui saringan bergejala pada 7 Februari lepas," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, sejumlah 99.6 peratus atau 4,773 daripada 4,794 kes adalah dalam kategori satu dan dua, manakala 11 kes dalam kategori tiga, sembilan kes dalam kategori empat dan satu kes dalam kategori lima.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...