Khamis, 17 Februari 2022

Hubungan Bilateral Malaysia dengan Perancis Semakin Kukuh


KOTA KINABALU: Hubungan antara Malaysia dan Perancis semakin kukuh dalam pelbagai bidang. Menurut Duta Perancis, Roland Galharague berkata menerusi kerjasama dua halal itu Malaysia khususnya Sabah berpotensi besar atas menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara dalam bidang pertanian, perindustrian dan perkhidmatan.

Beliau berkata Sabah mempunyai potensi tinggi terutama dalam bidang kepelbagaian budaya dan keharmonian juga menjadikan sebuah negeri yang berpotensi besar.

“Kepelbagaian dan kekayaan alam semulajadi Sabah juga amat penting dan terasa dekat dengan kami kerana pemeliharaan biodiversiti merupakan salah satu aspek yang ditekankan dalam Dasar Luar Perancis”
 
Galharague, yang pertama kali tiba di Sabah telah mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu pada hari ini. Kunjungan itu bertujuan untuk meninjau dan membincangkan peluang kerjasama antara Sabah dan Perancis pada masa yang akan datang. 

Beliau merakamkan penghargaan atas kesudian Ketua Menteri Sabah untuk menerima kunjungannya tersebut.

Sumber gambar: Jabatan Penerangan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...