KOTA KINABALU: Kes Positif Covid-19 Sabah menurun sebanyak 4,794 (-288) kes baharu yang direkodkan tetapi jangkitan sporadis dalam komuniti dicatat jumlah yang lebih tinggi iaitu 64.2% pada hari ini.
Menurut Menteri Kerajaan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun memaklumkan 13 daerah mempunyai kes tiga angka seperti Kota Kinabalu dengan jumlah 904, Penampang 513, Sandakan 459 dan seterusnya Tuaran 444. Selain daripada itu, terdapat 3 kluster melibatkan sekolah diisytiharkan di Kota Belud (1) dan di Ranau (2) manakala 642 kanak-kanak di bawah umur 11 tahun dijangkiti.
Peningkatan peratusan yang dicatat adalah 99.56% dalam kategori 1 dan 2, 11% dalam kategori 3, 9 dalam kategori 4 dan akhir sekali 1 dalam kategori 5.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan