Khamis, 17 Februari 2022

KPMKR Memberi Sumbangan kepada Mangsa Kebakaran

Tarikh: 18 FEBRUARI 2022
KUDAT : Pembantu Menteri Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR), YB Puan Flovia Ng bersama YB Datuk Julita Mojungki, telah memberi sumbangan kepada mangsa kebakaran ketika meninjau ke Pusat Pemindahan Sementara Mangsa Kebakaran Kampung Landong Ayang di Dewan Tun Mustapha Kudat tadi.

Berdasarkan maklumat berkenaan, Seramai 176 keluarga telah ditempatkan di pusat tersebut. Kedua-dua Pembantu Menteri KPMKR telah menyampaikan sumbangan iaitu barang dapur bernilai RM1,000 termasuk dapur masak dan tong gas. Tambahan pula, setiap keluarga mangsa akan menerima bantuan bahan binaan sebanyak RM2, 000.

Lawatan mereka ditemani oleh Pembantu Menteri Kementerian Sains & Teknologi, YB Datuk Rudy Awah yang memberi sumbangan alat teknologi iaitu kipas elektrik untuk keselesaan mangsa-mangsa serta petugas-petugas sepanjang pemindahan tersebut.

Tamat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...