Isnin, 21 Februari 2022

KERJASAMA KERAJAAN NEGERI DENGAN TLDM MENJAGA KEDAULATAN SABAH


KOTA KINABALU: Laksamana Muda Dato' Roslan Mohd Yunus, Panglima Wilayah Laut 2, Pangkalan TLDM Sandakan mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor untuk memberi taklimat mengenai peranan dan tanggungjawab TLDM terhadap operasi pengawasan dan pertahanan maritim khususnya di kawasan maritim Sabah.
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) merupakan salah satu agensi yang penting dalam melindungi kedaulatan dan kepentingan maritim negara.

Hajiji berkata, "Kerajaan Negeri Sabah akan sentiasa terbuka dan bersedia untuk menjalin kerjasama dua hala dengan TLDM sekali gus akan sentiasa menyokong usaha mereka bagi menjamin kedaulatan Sabah serta keselamatan rakyat negeri ini."

#SabahMajuJaya
#BeritaSabahanOnline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...