Selasa, 22 Februari 2022

YAYASAN SABAH BERI SUMBANGAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN


KUDAT: Kumpulan Yayasan Sabah telah memberi sumbangan iaitu bakul makanan kepada 176 keluarga yang merupakan mangsa kebakaran di Kampung Landung Ayang Laut baru-baru ini.  

Sumbangan itu disampaikan oleh Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd, Dato Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar. 

Gulamhaidar berkata tragedi ini berlaku tatkala masyarakat berdepan dengan ancaman pandemik Covid-19 yang berterusan. Kini mereka terpaksa berhadapan dengan ujian getir yang serius dan mencabar. Apabila tragedi melanda masyarakat seumpama ini, kita perlu bersama untuk membantu mereka yang memerlukan.

Justeru, sumbangan yang diterima oleh ketua keluarga mangsa kebakaran kini ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Dewan Masyarakat Tun Mustapha, Kudat.

#BeritaSabahanOnlineNews

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...