Isnin, 21 Februari 2022

Arifin Menerima Anugerah Halal Kategori Negeri Cemerlang


KUALA LUMPUR: Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah, YB Datuk Haji Mohd Arif yang juga mewakili YAB Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor telah menerima Anugerah Halal dalam kategori Negeri Cemerlang Aktiviti Halal yang diadakan di Four Seasons Hotel, Kuala Lumpur, semalam.

Pada malam itu, beliau mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang menjadi penjana, penggerak, pengamal, pemain dan masyarakat yang prihatin terhadap makanan dan produk yang menggunakan bahan halal di negeri Sabah.  

Sementara itu, beliau juga berterima kasih kepada “Halal Development Corporation” (HDC) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) atas memperkenalkan anugerah ini serta YB DS Mohamed Azmin Ali yang telah memberi gagasan dan iltizam kementerian terhadap industri Halal dari kegiatan IKS sehingga penglibatan peringkat antarabangsa. 

“Semoga Muis Halal Hub (MHH) yang diwujudkan akan menjadi wadah kita bersama dalam memperkasa kecintaan, komitmen dan perjuangan kepada semua dalam Halalan Toiyiba” Katanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...