Isnin, 21 Februari 2022

WANITA RENTUNG DALAM KEBAKARAN


22 February, 2022

TAMBUNAN: Seorang wanita maut dalam kebakaran rumah di Kampung Tikolod, tengah malam semalam.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Negeri Sabah, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) telah menerima panggilan kecemasan pada jam 12.25 tengah malam berkenaan dengan kejadian tersebut.

Sepasukan anggota diketuai Pegawai Operasi, PPGB Desmond Ak Micky @ Dominic bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati sebuah rumah jenis kekal berkeluasan 52’x42’ kaki didapati terbakar 90%.

Mangsa yang berumur 30 tahun didapati rentung di lokasi kejadian dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi pemadaman menggunakan 1 aliran 200 kaki 2 pancutan dan 1 aliran salur bantu. Sumber air adalah dari tangki jentera dan juga pili bomba terdekat.

Api dapat dikawal pada jam 1.30 pagi dan dipadamkan sepenuhnya pada jam 1.45 pagi.

#BeritaSabahanOnline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...