π¦π§ππ₯ π ππ‘πππ£ππ§ π¦ππ ππ¨π§ππ‘ ππππ,
π§ππ₯π¨π¦πππ‘ π¦π’ππ’π‘πππ‘ πππ£πππ π£ππ₯π§π π¦π§ππ₯, π£ππ₯π§π π¬ππ‘π π¦ππ ππππ‘ π ππ‘πππ£ππ§ π§ππ π£ππ§ ππ πππ§π π₯πππ¬ππ§.
Keningau (29.01.2022 - Sabtu)
Seramai 206 Borang keahlian telah diterima oleh Timbalan Presiden Parti STAR, YB Datuk Ellron Angin hari ini di Kg. Tetarikon Apin-Apin. Borang keahlian ini telah diserahkan oleh JPKK Kg. Tetarikon Tuan Marcellus Bin Quintin@Ambun.
"Dari dulu kami penyokong kuat star, namun kali ini kami dapat buktikan sokongan kami kepada parti STAR dengan penyerahan borang keahlian seramai 206 orang ini. Kami tetap akan sokong STAR melalui kepimpinan Parti STAR P.182 Pensiangan melalui YB Datuk Ellron Angin". Kata Encik Marcellus Bin Quintin@Ambun pada majlis tersebut.
"Terima kasih kerana memilih Parti STAR untuk meneruskan kesinambungan politik tempatan khasnya Pensiangan. Tetaplah menyokong perjuangan Parti STAR untuk mencapai halatuju asas perjuangan parti dan semoga parti kita terus bertambah kuat demi terus memerintah di Sabah". Tambah Ellron.
Turut menyaksikan penyerahan borang ini ialah YB Puan Flovia Ng merangkap ADUN N.44 Tulid, Setiausaha Politik Tuan Jreneus Pagut kepada Menteri Belia Dan Sukan Sabah, Ketua Bahagian STAR Tulid Tuan Evaritus Gungkit, Kakitangan UPPM (Sook/Tulid) dan penduduk kampung.
#STARMAJUJAYA
#YBDEAONSOIπ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan