Perayaan Tahun Baru Cina Dijadikan Sebagai Symbolik Peningkatan Bandaraya – Datuk Noorliza Awang Alip
KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bersepakat untuk meraikan sambutan Ulang Tahun bandaraya Kota Kinabalu yang ke-22 pada hari perayaan Tahun Baru Cina hari yang kedua sebagai symbolik peningkatan bandaraya.
Sepanjang 22 tahun, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip, Ketua Pengarah dan Timbalan yang berkaitan melihat perkembangan Kota Kinabalu dalam sebuah majlis bandaran yang diusahakan seperti kerancakan bangunan, sistem urus, PBT ataupun dewan bandaraya Kota Kinabalu.
“Saya berharap cara pengurusan kami dan menjalinkan kerjasama Kota Kinabalu dengan Bandaraya semakin rapat.”
Noorliza berharap ramai yang bersetuju dengan peningkatan kecekapan penyampaian perkhidmatan tersebut.
Selain daripada itu, “LoveKk” diwujudkan sebagai percambahan berfikiran secara dalaman untuk satu sesi “engagement” yang didahulukan dengan para wanita pada bulan Disember yang lalu.
Usaha ini akan diteruskan sekurang-kurangnya 2 tahun.
“Apa yang akan berlaku dalam itu, kita sudahpun bermula sebagai pemula yang telah mengadakan sesi-sesi percambahan fikiran dan juga engagement, bukan sahaja dengan DBKK tetapi dengan pemain-pemain industri juga.”
Katanya, DBKK telah berurusan dengan “Non-Governmental Organization (NGO)” tertentu dan juga orang-orang persendirian yang kenalpasti usaha untuk mewujudkan satu platform dipanggil “NetworkLoveKotaKinabalu” yang akan dilancarkan pada 14 Februari. Hal ini demikian, terdapat beberapa individu yang aktif dan minat dalam bidang ini.
DBKK akan melancarkan dua komponen utama iaitu satu KK “cleanup” dan “gleaning”. Pada masa yang sama, mereka juga mengenalpasti 3 projek pemindahan yang akan dibuat secara “community participation” di bawah “BeautifulKK.
-TAMAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan