Selasa, 1 Februari 2022

KUALA LUMPUR - 30 Jan 2022, Pencahayaan Menara Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR - 30 Jan 2022, 
Pencahayaan Menara Kuala Lumpur dan Pintasan Saloma merupakan dua lokasi telah dipilih sebagai tanda sokongan solaridatiti memerangi Penyakit Tropika Terabai Sedunia (Neglected Tropical Diseases - NTD) yang disambut setiap tahun pada tarikh 30 Januari sejak tahun 2020 pada hari ini. 

Sehubungan itu, Malaysia terus komited menyertai usaha komuniti global untuk menamatkan NTD dan membebaskan generasi akan datang daripada penyakit kemiskinan. Neglected Tropical Diseases merangkumi 20 jenis penyakit seperti Denggi, Chikungunya, Chagas Disease, Buruli Ulcer dan lain-lain yang mampu melemahkan, menjejaskan fizikal serta boleh menyebabkan kematian. 
NTD boleh memberi kesan terhadap kualiti kehidupan seharian serta menghalang
perkembangan kognitif dan fizikal mereka yang menghidapinya. Pada masa ini, terdapat seramai 1.7 bilion pesakit (satu dalam lima) yang menderita penyakit NTD di seluruh dunia. 

Oleh itu, usaha bagi mengakhiri NTD adalah amat penting dan amat dialu-alukan. Walaubagaimanapun, penyakit NTD merupakan penyakit yang boleh ditangani. Ini terbukti apabila 43 buah negara berjaya menghapuskan sekurang- kurangnya satu penyakit NTD. 

Hasilnya, seramai 600 juta penduduk dunia juga sudah tidak memerlukan rawatan bagi penyakit NTD. Sesetengah penyakit yang telah lama membelenggu manusia sejak berkurun lamanya seperti Sleeping Sickness dan Guinea Worm Disease juga berjaya dikurangkan sehingga ke tahap yang paling rendah.

#BeatNTDs
#EndTheNeglected
#100%Committed

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...