Rabu, 16 Februari 2022

AADK Membuat Kunjungan Berhormat Bersama SPRM SABAH


KOTA KINABALU: Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Sabah (AADK), Tuan Nani bin Sikin ditemani bersama Pengaraj PUSPEN Papar, Puan Roswati binti Apin telah membuat kunjungan hormat kepada Pengarah SPRM Sabah, YB Datuk Karunanithy A/L Y.Subbiah pada hari ini.

Mengikut maklumat yang diberi, kunjungan itu bertujuan untuk membina hubungan yang lebih kukuh dan memperhebatkan kerjasama “Smart Partnership” antara dua pihak tersebut. 

Susulan dengan perkara itu, perbincangan dalam aspek rawatan dan pemulihan, pencegahan serta penguatkuasaan dadah dikongsi semasa perjumpaan tersebut.  Tambahan pula, terdapat beberapa cadangan program yang boleh dilaksanakan bersama seperti Program Tekad oleh AADK dan juga Bengkel Penulisan Kerta Sisatan yang berkualiti untuk meningkatkan kompentensi Para Pegawai Penyiasat oleh pihak SPRM. 

Semoga kerjasama ini akan menjadi titik permulaan untuk mereka meneroka ruang kerjasama yang lebih luas pada masa akan datang.

-Tamat

#Dadahterkawal2025
#keluargaMalaysia
#beritasabahan
#kitajagakita
#sabahmajujaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...