Selasa, 15 Februari 2022

Parti Warisan Akan Bertanding PRN Johor – Shafie Apdal

JOHOR BAHRU: Parti Warisan Sabah (Warisan) akan bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor pada 12 Mac depan. 

Menurut Presiden Warisan, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, keputusan berkenaan itu akan memberi pilihan kepada pengundi 

“Kita tidak akan bertanding PRN di Sarawak dan Melaka, tetapi kami telah membuat keputusan secara rasmi untuk bertanding di Johor kerana kami mahu memberi mereka pilihan.” Jelasnya.

Beliau berkata walaupun ada pelbagai parti yang ditubuhkan di Malaysia, tetapi rakyat Malaysia yang menentukan perubahan kerajaan di negara ini, bukan parti-parti ini.”

“Warisan mahu memberi pilihan kepada pengundi Johor untuk membuat keputusan terbaik memilih bentuk kerajaan yang mereka inginkan”

Pada Majlis Pelancaran Parti Warisan, Shafie mengumumkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Suhaimi Salleh sebagai Pengerusi Warisan Negeri Johor.
 
-Tamat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...