Khamis, 19 Januari 2023

Tahun Arnab 2023, Sabah akan tampil lebih kuat – Yong

Tahun Arnab 2023, Sabah akan tampil lebih kuat – Yong
KOTA KINABALU: Bertentangan dengan banyak ramalan penganalisis ekonomi seperti yang dilaporkan dalam media, saya percaya bahawa tahun Arnab 2023 bukanlah tahun kemelesetan ekonomi bagi Asia, termasuk Sabah, kata Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee.

Yong berkata, secara peribadi dan setelah menganalisa pelbagai cabaran yang dihadapi Sabah, beliau yakin Sabah akan tampil lebih kuat berbanding sebelum ini dalam penjajaran semula politik Malaysia baharu yang menunjukkan keadaan dunia yang tidak menentu dengan pelbagai pemusatan kuasa.

“Sebaliknya, di Sabah, petunjuk utama pertumbuhan ekonomi seperti peningkatan pelaburan dalam pembuatan, pengeluaran tenaga, pengeluaran makanan, dalam hartanah, pelancongan dan juga logistik akan menyaksikan Sabah terus berkembang lebih sihat berbanding sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini bersempena sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Yong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, melihat bahawa perubahan politik di Malaysia khususnya di peringkat Kerajaan Persekutuan adalah baik.

“Kini tumpuan kita kepada keperluan kestabilan politik, kelebihan perubahan politik Malaysia sejak perubahan penting pada 2018 ialah rakyat Malaysia kini boleh menarik nafas lega bahawa perubahan kerajaan persekutuan tidak membawa kepada kacau bilau dan keganasan jalanan.

“Dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, rakyat Malaysia telah melihat lima Perdana Menteri, situasi yang biasa kita guraukan tentang negara lain seperti Itali dan Jepun.

“Justeru, pesanan saya kepada rakyat Malaysia di Sabah adalah untuk kekal sihat, bekerja keras dan ceria, Selamat Tahun Baharu Cina untuk semua,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...