Rabu, 25 Januari 2023

Banjir di Pitas, Kota Marudu membimbangkan

Sebanyak 33 buah kampung terjejas di Kota Marudu manakala di Pitas 30 buah kampung terjejas, 19 buah PPS yang telah dibuka di kedua dua daerah ini. 

PITAS:Keadaan banjir di Pitas dan Kota Marudu agak membimbangkan, tiga buah sungai utama berada pada paras bahaya dan dianggarkan jumlah mangsa yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang telah dibuka di kedua-dua daerah ini mencecah 4,000 orang.

Sebanyak 33 buah kampung terjejas di Kota Marudu manakala di Pitas 30 buah kampung terjejas, 19 buah PPS yang telah dibuka di kedua dua daerah ini.

Antara PPS yang dibuka ialah PPS Dewan Komuniti, Sekolah Kebangsaan (SK) Teritipan, Kampung Asin-Asin, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tandek, SMK Bengkongan, SK Ranau, Dewan Masolog, Dewan St Theresa dan PPS Dewan Kampung Kusilad di Pitas.

Antara kampung yang terjejas ialah Kampung Lancur, Asin-Asin, Baliajung, Benkongan, Tandek, Tambun, Linukaan, Kuranji, Tigaman, Marudu Laut, Mara Sim-Sim, Bukit Lalang, Balagaton, Longob, Rakit, Tingkalanon, Ongkilan, Popok Laut, Pekan Lama, Tanjung Batu, Tongkugon, Tandek Laut, Rasak Laut, Tambun Laut, Popok Darat, Morion, Rakit Lama, Tarangkapas, Gorungtong, Marudu Darat dan Kampung Sumbilingon.

Manakala di Pitas, antara kampung yang terjejas ialah Kampung Sibaung, Sinasak Batu, Rukom Laut, Kusilad, Kalumpang, Kalumpang Pantai, Sumbilingon, Tambilidon, Pinggan Pinggan, Liu Laut, Ungkup, Mangkabusu, Mangkapon Darat,  Batu 10 laut, Bilangau Besar, Kemiri, Datong, Boluuh, Kuyuh, Ranggu dan Kampung Taka.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Zairolnizal Ishak ketikan dihubungi berkata, jumlah ketua isi rumah (KIR)  dan mangsa di semua PPS adalah berdasarkan anggaran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) proses pendaftaran masih dijalankan oleh pihak JKM dan Angkatan Pertahanan Awam (APM)
Daerah Kota Marudu telah diisytihar Banjir pada jam 3 pagi manakala daerah Pitas pada jam 6 pagi pada Rabu, sementara proses pemindahan mangsa banjir masih giat dilaksanakan oleh pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, APM, JKM, Angkatan Tentera Malaysia, RELA, Pasukan Gerakan Am dan Pasukan pacuan empat roda.
Sumber :harianekspres 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...