Jumaat, 6 Januari 2023

salah seorang drp ADUN Umno mewakili Pantai Dalit, dimanakah saya berdiri dikala BN negeri bertindak untuk merubah

Assalamualaikum semua.
Terlebih dahulu saga ucapkan Selamat Tahun Baru 2023.
Mungkin ramai yang tertanya² sebagai salah seorang drp ADUN Umno mewakili Pantai Dalit, dimanakah saya berdiri dikala BN negeri bertindak untuk merubah Kerajaan negeri ini daripada Kerajaan BN+GRS kepada Kerjaan BN+Warisan.
Saya sekali lagi telah diminta oleh Kepimpinan BN untuk menandatangani Surat Akuan untuk mengubah Kerajaan yang ada kepada Kerajaan BN+Warisan Dan meletak DS Bung Moktar sebagai Ketua Menteri. 
Saya telah mengambil keputusan tidak menyokong perubahan Kerajaan kerana beberapa faktor yang sambil kira drp sudut Professional & Peribadi. 
Tetapi hakikatnya saya akan terus menyokong Kerajaan yang ada dibawah Kepimpinan Dsp Hajiji Haji Nor selagi saya bergelar ADUN Di Pantai Dalit. 
Saya faham akan risiko tindakan saya ini Dan bersedia Dan terbuka untuk menerima hukuman atau dipecat drp Parti UMNO.
Saya tidak akan mengubah prinsip saya untuk bersengkongkol dengan parti Warisan yang saya tentang ketika PRN16..dan saya percaya Kerajaan yang ada Di bawah Dsp Hajiji telah memberikan 100% untuk Rakyat negeri ini dan patut diberikan peluang untuk menamatkan tempoh Kerajaan yang ada 2 Tahun lagi sehingga habis penggal tanpa menyusahkan Rakyat. Hidup ini hanya sekali, saya membuat keputusan untuk bukan sahaja menjaga prinsip saya tetapi juga maruah Keluarga Dan Bangsa saya. 
Justeru, sebelum saya dipecat drp Parti Umno, saya ingin berterima kasih diatas sokongan KC² kepada saya selama saya menjadi TKB Umno Tuaran Dan mengharapkan semua sentiasa dilindungi Allah SWT.

Allahuakhbar 
Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...