Jumaat, 6 Januari 2023

KENYATAAN MEDIA BERSAMA PAKATAN HARAPAN SABAH

KENYATAAN MEDIA BERSAMA PAKATAN HARAPAN SABAH

7 Januari 2023
1. Kami berasa amat kesal melihat Sabah sekali lagi berhadapan dengan kemelut politik yang sepatutnya tidak berlaku.

2. Seharusnya focus utama kita adalah memastikan matlamat perjuangan kita membantu rakyat dan membangun ekonomi serta bersama-sama berusaha untuk memastikan perjuangan MA63 direalisasikan selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri.

3. Kami mengulangi pendirian kami sebelum ini bahawa kami tidak menyokong sebarang usaha untuk menggulingkan kerajaan melalui cara “pintu belakang”. 

4. Pada masa yang sama, kami tidak bersetuju *untuk* Dewan Undangan Negeri dibubarkan sekiranya kemelut ini terus berterusan dan kedudukan Dewan Undangan Negeri buat masa ini terus tergantung (Hung State Assembly).

5. Sehubungan itu, kami ingin memaklumkan bahawa tujuh (7) ahli Dewan Undangan Negeri *dari Pakatan Harapan* memberi sokongan kepada YAB Ketua Menteri sedia ada, iaitu YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Noor yang merupakan ADUN Sulaman.

6. Ini adalah selari dengan prinsip kami untuk memastikan kestabilan politik terus mantap di Sabah dan tidak terlibat dalam langkah seperti Langkah Sheraton.

7. Susulan sokongan ini, kami bersetuju bahawa satu Kerajaan Perpaduan Sabah boleh dibentuk seperti amalan di peringkat persekutuan.

8. Kami berdoa agar kemelut politik akan berakhir dalam masa terdekat dan kesejahteraan rakyat Sabah terus dibela dengan sokongan ini.

YB Datuk Christina Liew
ADUN Api-Api

YB Datuk Poon Fung Ming 
ADUN Tanjung Papat

YB Datuk Ewon Benedick
ADUN Kadamaian

YB Phoong Jin Zhe
ADUN Luyang

YB Jannie Lasimbang
ADUN Kapayan

YB Tan Lee Fatt
ADUN Likas

YB Peto Galim
ADUN Inanam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...