Selasa, 23 Ogos 2022

Najib tiba di Penjara Kajang Najib Razak dibawa masuk sekitar pukul 6.10 petang bagi proses pendaftaran sebelum menjalani hukuman penjara.

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah dibawa masuk ke Penjara Kajang dengan diiringi pasukan polis sekitar pukul 6.10 petang tadi bagi proses pendaftaran sebelum menjalani hukuman.
Beliau yang dibawa dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) Hyundai Santa Fe berwarna hitam tiba di penjara yang terletak di Sungai Jelok itu pada jam 6.05 petang.
Terdahulu, Najib dilihat meninggalkan Istana Kehakiman, Putrajaya sekitar pukul 5.40 petang.
Bagaimanapun, kenderaan tersebut tidak keluar di pintu yang mana lebih 100 penyokong berkumpul, sebaliknya, menggunakan pintu lain, di seberang tempat penyokong beliau berkumpul.
Hanya kenderaan membawa keluarga beliau termasuk isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dilihat keluar di pintu berhampiran parkir pelawat dan kakitangan Istana Kehakiman.
Pada awalnya, pihak media dilaporkan memenuhi pintu masuk Penjara Sungai Buloh, bagi menantikan konvoi yang membawa Najib dari Putrajaya, selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atasnya.
Bagaimanapun, pada pukul 5.15 petang, maklumat menyatakan Najib akan dibawa ke Penjara Kajang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...