Isnin, 22 Ogos 2022

keputusan kes rayuan akhir Najib August 23, 2022 @ 7:54am

PUTRAJAYA: Nasib Datuk Seri Najib Razak, dijangka diputuskan hari ini, berhubung rayuan terakhirnya mengetepikan sabitan dan hukuman berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, susulan keengganan peguamnya untuk membuat sebarang hujahan bagi membela bekas perdana menteri itu.

Jumaat lalu peguam utama Najib, Hisyam Teh Poh Teik, memaklumkan panel lima anggota Mahkamah Persekutuan, yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat,

beliau juga tidak akan mengemukakan hujahan lisan untuk anak guamnya.

Bekas Perdana Menteri itu mengemukakan rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan, bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta, yang dihadapinya dalam kes penyelewengan dana SRC International.

Mahkamah Persekutuan sebelum ini menetapkan 10 hari, untuk mendengar rayuan terakhir Ahli Parlimen Pekan itu.

Berita Harian (BH) membawa laporan langsung keputusan kes rayuan terakhir Najib daripada petugas kami, Ahmad Johari Mohd Ali, Farah Marshita Abdul Patah dan Noor Atiqah Sulaiman; jurugambar, Aswadi Alias, Mohd Fadli Hamzah, Eizairi Shamsudin dan Asyraf Hamzah, serta pasukan multimedia, Asrizal Aris dan Khairus Ramli dari Mahkamah Persekutuan.

8.41 pagi: Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk V Sithambaram, tiba di Mahkamah Persekutuan bagi rayuan terakhir kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC).

8.33 pagi: Suasana di luar Istana Kehakiman pada hari penentuan keputusan rayuan akhir Datuk Seri Najib Razak untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

8.30 pagi: Keadaan penyokong yang hadir di mahkamah bagi sesi perbicaraan rayuan terakhir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya.

8.17 pagi: Kelihatan kumpulan penyokong Najib yang difahamkan tiba dengan menaiki lapan bas, mula berkumpul di pintu belakang Istana Kehakiman.

8.12 pagi: Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat tiba di Istana Kehakiman diiringi anggota polis.

8.05 pagi: Peguam utama Najib, Hisyam Teh Poh Teik, tiba di Istana Kehakiman

7.30 pagi: Pekarangan Istana Kehakiman kelihatan lengang tanpa kehadiran penyokong, setakat ini. Bagaimanapun kawalan keselamatan di sekitar Istana Kehakiman mula diperketat dengan pagar besi diletakkan di semua pintu keluar dan masuk mahkamah. Setakat ini, hanya petugas media yang dilihat berkumpul untuk memasuki mahkamah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...