Rabu, 9 Mac 2022

SEORANG LELAKI MAUT AKIBAT DISERANG BUAYA


10 MAC 2022

KOTA MARUDU: Seorang lelaki maut selepas dipercayai dibaham buaya semasa berada di kawasan perairan Kampung Pagasan Pitas.


Menurut Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Zairolnizal Ishak berkata mangsa berkenaan dikenalpasti sebagai seorang nelayan berusia lingkunan 40 tahun berketurunan Palauh.

Katanya, hasil daripada siasatan itu mendapati bahawa mangsa turun ke laut bersama dua rakannya untuk mengutip siput di lokasi kejadian kira-kira jam 11 pagi, selasa lalu.

“Mangsa kemudiannya diserang seekor buaya secara tiba-tiba dan mengalami kecederaan parah di bahagian rusuk sebelah kanan,”

Semasa kejadian itu berlaku, rakan-rakan mangsa berjaya membawa mangsa naik ke jeti Kampung Mapan-Mapan setelah buaya terbabit tidak lagi kelihatan.

“Dakwaan rakan-rakan mangsa disahkan oleh ketua kampung Mapan-Mapan yang turut berada di lokasi kejadian"

Sehubungan itu, mayat mangsa sudah dibawa ke Pulau Sibogoh Kudat oleh ahli keluarga sebelum kehadiran pasukan membuat siasatan di lokasi itu.

Walaubagaimanapun, Zairolnizal berkata pihaknya tidak menemukan sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kejadian itu.

Punca kematian mangsa berkemungkinan disebabkan oleh kecederaan parah kerana gigitan buaya ataupun lemas.

Sehubungan itu, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Pitas untuk proses bedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian sebenar mangsa. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...