Rabu, 9 Mac 2022

14 HARI PERINTAH BERKURUNG ESSZONE DILANJUT


10 MAC 2022

KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Polis Sabah, Dato’ Idris Abdullah telah mengisytiharkan bahawa kawasan zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE) akan melanjutkan Perintah Berkurung (PB) baharu bermula 11 MAC, esok.

Menurutnya, Perintah Berkurung ini akan dilanjutkan oleh Menteri Dalam Negeri selama 14 hari di bawah Sek 31(4) Akta Polis 1967 mulai dari 12 Mac hingga 26 Mac.

“Dengan berkuat-kuasanya PB ini, orang ramai yang tinggal di kawasan berkenaan dikehendaki berada di dalam rumah sahaja."

"Orang lain tidak dibenarkan memasuki atau berada di kawasan yang telah diisytiharkan antara jam 6 petang sehingga 6 pagi pada tarikh 11 Mac sehingga 26 Mac.

Katanya, Perintah Berkurung No.182 bertujuan untuk meneruskan pelaksanaan PB di kawasan laut demi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak dicerobohi oleh pengganas yang mengancam, keselamatan para penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan dan pelancong-pelancong luar negara yang melawat pulau-pulau peranginan dari penculikan oleh kumpulan-kumpulan pengganas dari selatan Negara Filipina.

Hal ini kerana maklumat mendedahkan kumpulan yang menjalankan kegiatan Kidnapping For Ransom (KFR) dan kumpulan Abu Sayaf yang masih cuba menceroboh untuk melakukan penculikan dan lain-lain jenayah rentas sempadan.

Sehubungan itu, beliau berkata untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan dan yang berada di daratan di kawasan ESSZONE.

“Memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakkan bot, serta menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet dan aktiviti-aktiviti perikanan dengan omnipresence kapal pasukan keselamatan yang menguatkuasakan Perintah Berkurung ini.

Sementara itu, Beliau telah memberi Kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah (KPD) berkenaan untuk mengeluarkan permit kepada mana-mana pemohon yang memenuhi syarat bagi tujuan aktiviti-aktiviti perikanan atau laluan melalui kawasan perintah berkurung yang mendesak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...