Sabtu, 26 Mac 2022

Sembilan warga tempatan ditahan beroperasi tanpa lesen bagang

KUDAT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kudat berjaya menahan sembilan individu warga tempatan dalam satu operasi di sini kelmarin.

“Operasi yang dilaksanakan sebuah bot ronda Zon Maritim Kudat itu dijalankan di lima buah bagang ikan bilis yang terdapat di sekitar 0.2 hingga 0.5 batu nautika timur Tanjung Limau-Limauan Kudat.

“Hasil pemeriksaan tersebut, sembilan individu warga tempatan berumur lingkungan antara 19 hingga 35 tahun ditahan selepas gagal menunjukkan dokumen diri yang sah semasa diperiksa. 

“Hasil pemeriksaan juga mendapati kesemua peranti bagang yang diperiksa dipercayai tidak mempunyai lesen bagang untuk menjalankan operasi,” katanya.

Boon berkata kesemua individu yang ditahan dibawa masuk ke Jeti Marina Kudat dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.

Katanya kes disiasat mengikut Akta Pendaftaran Negara 1959 dan Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 kerana tidak membawa Kad Pengenalan semasa diperiksa serta Akta Perikanan 1985 kerana tidak mempunyai lesen Bagang.

“Salurkan sebarang salah laku jenayah yang berlaku di laut kepada Maritim Malaysia di talian 088- 611858 (Pusat Operasi Kudat) dan talian MERS 999 yang beroperasi 24jam,” katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...