Rabu, 9 Mac 2022

PPM WILAYAH SEMPORNA RAMPAS RM48,960 SELUDUP ROKOK


9 MAC 2022

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna telah berjaya merampas rokok seludup selepas membuat serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di kawasan pinggir Bakau Kampung Tanjung Kapor, semalam.

Menurut Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna DSP Mohamad bin Ismail berkata, selepas menerima maklumat mengenai aktiviti itu, pihaknya bertindak dengan melakukan serbuan ke lokasi tersebut dan membuat pemeriksaan yang lanjut.

Hasil daripada pemeriksaan itu mendapati seorang lelaki dewasa berumur 69 tahun ditahan dan menemukan sebanyak 360 karton rokok jenama Astro Hijau, seludup di dalam ruangan bilik rumah tersebut.

Seterusnya, suspek serta barang rampasan telah dibawa balik ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna untuk tindakan selanjutnya. 

Mohammad berkata, nilai Rampasan dianggarkan sebanyak RM48,960.00 dan kes akan disiasat mengikut Akta Kastam 1967.

PPM Wilayah Semporna menggesa kepada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang maklumat mengenai aktiviti yang melanggar undang-undang melalui aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0139391197.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...