Rabu, 9 Mac 2022

CUBAAN SELUDUP KELUAR BARANG KAWALAN GAGAL

 
9 MAC 2022

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan berjaya menghalang sebuah jongkong yang mencuba seludup keluar barang kawalan di kawasan laut Pulau Pemaguan pada lewat petang, semalam.

Menurut Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sandakan Sabah DSP Rusdin Bin Banin  berkata semasa operasi pemantauan dijalankan, pihaknya telah mengesan sebuah Jongkong yang bergerak dalam keadaan mencurigakan dan kemudian ditahan untuk membuat pemeriksaan yang lanjut.

Hasil daripada pemeriksaan itu mendapati seorang Juragan lelaki dewasa serta menemukan barang kawalan seperti beberapa minyak diesel, minyak petrol, minyak masak dan tong gas LPG tanpa sebarang permit daripada pihak berkuasa.

Katanya, juragan itu tidak mempunyai sebarang dokumen kebenaran daripada pihak berkuasa untuk membawa barang-barang tersebut.

Seterusnya, tangkapan dan barang rampasan itu telah dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata nilai rampasan termasuk kapal ikan yang digunakan berjumlah RM28,177.00 dan kes akan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Beliau menasihatkan kepada seluruh komuniti maritim dan persisir pantai untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan dengan aktiviti yang melanggar undang-undang melalui aplikasi whatsApp talian iaitu '0139391197' atau berhubung terus dengan mana-mana balai berdekatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...