Rabu, 30 Mac 2022

PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH 4 SABAH SERTAI DALAM PROGRAM SAMBUTAN SETAHUN HALA TUJU SABAH MAJU JAYA


31 Mac 2022, Khamis

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah adalah antara peserta yang terlibat dalam pameran bersama Jabatan lain dalam PDRM Sempena Sambutan Setahun Hala Tuju Sabah Maju Jaya yang diadakan di Sabah International Convention Centre (SICC).

Program yang berkenaan berlangsung selama tiga hari bermula 28hb hingga 30hb Mac 2022 (isnin - rabu).

Program ini dijalankan bertujuan untuk memastikan pelaksanaan hala tuju baharu itu digerakkan berpandukan lima objektif iaitu membina negeri dan masyarakat bersatu, aman makmur dan sejahtera, mengoptimumkan sumber dan hasil negeri, merangsang pemulihan ekonomi, meningkatkan ekonomi rakyat, dan membangunkan modal insan.

Selain daripada itu, Kerajaan Negeri Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor telah memberi sumbangan sebanyak 30 buah bot fiberglass bersama 30 buah enjin Yamaha 15hp kepada pihak PDRM Kontinjen Sabah bagi kemudahan menjalankan tugas menghadapi bencana banjir yang sering berlaku di negeri ini.

Tambahan pula, Kerajaan Negeri juga menyuarakan cadangan akan menaiktaraf Muzium PDRM di Kontinjen Sabah seperti pembinaan Tugu Peringatan OP Daulat di daerah Lahad Datu dan juga pembinaan Pusat Latihan Polis yang baru di daerah Tuaran. 

Dalam program ini Pihak PDRM amat berterima kasih di atas keperihatinan dan penghargaan dari pihak kerajaan negeri Sabah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...