Rabu, 30 Mac 2022

40 PEMIMPIN SERTAI SEMINAR KESELAMATAN ELEKTRIK

 
31 Mac 2022, Khamis

KOTA BELUD: Seminar Keselamatan Elektrik dan Gas serta Kecekapan Tenaga anjuran Suruhanjaya Tenaga (ST) Pantai Barat Sabah telah diadakan di sini, kelmarin.

Seramai 40 pemimpin masyarakat terdiri daripada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan ketua kampung telah mengikuti seminar tersebut.

Seminar ini bertujuan memberikan pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan alat perlindungan Peranti Arus Baki (PAB), amalan keselamatan pepasangan gas domestik, amalan penjimatan tenaga di rumah serta keselamatan penggunaan elektrik.

Menurut Pengarah kawasan Suruhanjaya Tenaga Pantai Barat Sabah, Jefrey Nuri berkata penganjuran seminar ini diharap dapat meningkatkan tahap kesedaran mengenai keselamatan elektrik dan gas serta kecekapan tenaga di kalangan pemimpin masyarakat.

Tambahan pula, beliau juga mengingatkan pengguna supaya membeli kelengkapan elektrik yang mempunyai label ST-SIRIM, tidak sesekali mengubahsuai kelengkapan elektrik yang rosak, dan elakkan daripada mengguna kelengkapan elektrik dalam keadaan basah serta tidak menghampiri talian atas elektrik semasa menjalankan aktiviti memotong dahan pokok dan sebagainya.

ST turut berharap agar masyarakat lebih berhati-hati ketika musim banjir bagi mengelakkan kemalangan elektrik seperti renjatan elektrik yang boleh menyebabkan kecederaan dan lebih buruk lagi membawa maut.

“Sebelum menghidupkan semula suis utama pada papan agihan, pastikan pendawaian dan pembumian rumah diperiksa, dibaiki dan diuji oleh kontraktor elektrik dan disahkan selamat oleh pendawai elektrik yang berdaftar dengan ST, tegas beliau.

Para peserta disarankan untuk berkongsi segala ilmu pengetahuan yang diperoleh dalam seminar ini kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan masyarakat di kawasan masing-masing. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...