Khamis, 24 Mac 2022

PASUKAN FUTSAL WANITA SABAH MENANG TEMPAT KETIGA MPFL


24 Mac 2022, Khamis 

KOTA KINABALU: Pasukan Futsal Wanita Sabah telah memenangi tempat ketiga serta membawa pulang hadiah sebanyak RM10,000 Kejohanan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2022 yang berakhir di ibu negara, kelmarin.

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Dr Jelani Hamdan, berkata pihaknya mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada pengurusan, jurulatih dan pemain atas kerja keras mereka sehingga mencapai kemenangan itu.

Beliau turut mengucapkan terima kasih atas kepimpinan Presiden SAFA iaitu Datuk Seri Bung Moktar Radin dan sokongannya kepada pasukan itu.

"Dengan keprihatinan beliau (Bung Moktar) terlibat secara "hands on" dalam kejohanan ini. Bahkan di saat akhir, beliau sendiri telah berinteraksi dengan para pemain dan memberi semangat kepada mereka melalui sidang video.” Katanya.

Tambahannya, beliau juga memaklumkan bahawa seramai enam pemain Sabah turut terpilih untuk skuad negara menghadapi Kejohanan futsal peringkat ASEAN nanti.

“Perkara ini adalah satu peluang yang baik kepada pemain Sabah sekaligus mengharumkan nama negeri ini.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...