BORNEO_MEDIA.COM telah menjadi mata dan telinga rakyat sabah. kami akan menjadi medium utama untuk menyalurkan maklumat atau isu-isu berbangkit kepada kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat. berita kami akan sentiasa dikemaskini 24 jam dan sahih sebelum disampaikan kepada rakyat.
Jumaat, 25 Mac 2022
MAFI galak Jabatan Perikanan Negeri Laksana Kempen Makan Ikan Air Tawar
PUTRAJAYA : Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menggalakkan setiap Jabatan Perikanan Negeri mengadakan Kempen Makan Ikan Air Tawar di negeri masing-masing.
Menterinya Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, menerusi kempen itu ianya akan dapat menarik lebih ramai pengguna mengenali dan mencuba ikan air tawar selain keli, tilapia, patin yang sinonim dengan pengguna tempatan.
“MAFI juga mengajak orang ramai untuk menjadikan ikan air tawar sebagai hidangan utama rakyat Malaysia disamping ikan laut.
“Kepelbagaian mengolah menu dan inovasi ikan air tawar dilihat sesuatu yang menarik seperti produk snowfish tilapia, nuget tilapia, keli bakar, patin pais dan minuman jus rumpai laut (seaweed juice),” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelepasan benih ikan ke perairan umum secara serentak sekuruh Malaysia yang diadakan di Tasik Putrajaya dengan kerjasama antara Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dan Perbadanan Putrajaya.
Sebanyak 1.85 juta ekor benih bernilai lebih RM900,000 dilepaskan bagi tujuan menambah stok perikanan.
Pada majlis itu, Dr Ronald berkata, usaha sama yang dilaksanakan itu adalah bagi memastikan matlamat untuk melestarikan alam sekitar serta pemuliharaan sumber dan biodiversiti perikanan darat khususnya di Tasik Putrajaya dapat dicapai.
Katanya, program pelepasan benih ikan itu dapat memberi kesedaran pada orang awam terhadap kepentingan memulihara ekosistem perikanan darat untuk generasi akan datang.
“Pertambahan stok ikan di perairan umum juga antara usaha bagi meningkatkan jaminan bekalan makanan,” katanya.
DOF menyeru kepada orang awam yang memiliki ikan asing sebagai ikan peliharaan agar lebih bertanggungjawab dan tidak melepaskan ikan tersebut ke perairan umum.
Tindakan ini akan menyebabkan ikan-ikan di kawasan tersebut menjadi mangsa kepada ikan asing yang bersifat lebih agresif.
Pelepasan benih ikan merupakan program tahunan yang dibuat seluruh negara oleh Jabatan Perikanan Negeri sebagai langkah memastikan stok ikan darat sentiasa ada.
Adalah penting bagi Jabatan Perikanan mengambil langkah yang konsisten secara serius dalam pengurusan dan pemuliharaan sumber perikanan darat kerana secara tidak langsung ia dapat meningkatan sosioekonomi nelayan tempatan.
Antara benih yang dilepaskan di Tasik Putrajaya adalah ikan kelah, temoleh, lampam sungai dan udang galah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah
Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...
-
SEJARAH AWAL KAMPUNG NUMBAK, MANGGATAL, KOTA KINABALU, SABAH. .PEMBUKAAN KAMPUNG NUMBAK Sejarah awal pembukaan kampung Numbak, M...
-
6 April 2022, Rabu BEAUFORT: Seorang wargaemas disahkan meninggal akibat kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kereta jenis ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan