Jumaat, 18 Mac 2022

Jawatankuasa Khas Teliti Permohonan Parti Lain Sertai GRS

Jawatankuasa Khas Teliti Permohonan Parti Lain Sertai GRS

Mac 18.2022
KOTA KINABALU : Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan mempertimbangkan permohonan parti lain yang mahu menyertai gabungan itu melalui satu jawatankuasa khas.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, jawatankuasa khas yang dibentuk itu adalah bagi meneliti permohonan parti yang ingin menyertai.

“InsyAllah kita akan mempertimbangkan permohonan-permohonan parti-parti lain yang ingin menyertai GRS (termasuk parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM)).

“Kita telah membentuk satu jawatankuasa  khas untuk membuat laporan kepada majlis tertinggi di masa akan datang mengenai permohonan-pernohonan parti-parti yang ingin menyertai GRS,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Penaja Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di sini hari ini.

Hajiji yang juga Pengerusi GRS berkata, sebelum ini Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) telah terlebih dahulu mengemukakan permohonan untuk menyertai GRS.

“Setakat ini, USNO yang awal, sudah memohon awal tahun lalu, jadi kita akan buat pertimbangan sebaik-baiknya,” katanya.

Terdahulu, Hajiji mengumumkan pelantikan tiga Timbalan Pengerusi GRS, iaitu Presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili; Presiden STAR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee.

Turut diumumkan, Setiausaha Agung GRS, Datuk Masidi Manjun (BERSATU); Ketua Penerangan, Datuk Joniston Bangkuai (PBS) dan Bendahari Agung, Ardino Diris (STAR), manakala tiga Ahli Majlis Tertinggi, Edward Dagul (SAPP), Datuk Rubin Balang (BERSATU) dan Datuk Ruddy Awah (BERSATU).

Hajiji turut menunjukkan kepada media lambang rasmi GRS yang berupa abjad ‘GRS’ berwarna biru tua, merah dan biru muda berlatar belakang garisan biru yang membentuk imej Gunung Kinabalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...