KOTA
KINABALU : Tindakan menutup ruangan komen laman Facebook Jabatan Kerja Raya
(JKR) Sabah adalah untuk mengelakkan perdebatan secara terbuka selain
mendatangkan keadaan yang tidak sihat. Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung
Moktar Radin berkata, media sosial itu dibina adalah untuk memberi respon kepada
isu jalan yang ditularkan berbaur fitnah di dalam media sosial. Katanya,
Facebook JKR Sabah itu juga adalah sebagai platform memberi info-info mengenai
bencana alam serta isu-isu semasa jalan raya. “Tujuan JKR Sabah menutup ruangan
komen adalah untuk mengelakkan pendebatan secara terbuka yang hanya mendatangkan
keadaan yang tidak sihat. “JKR ingin memastikan agar kakitangan serta orang awam
tidak menjatuhkan moral dengan menjadikan Facebook sebagai medan tohmahan,”
katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini. Beliau berkata demikian bagi
menjawab pertanyaan isu yang dibangkitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Kapayan Jannie Lasimbang dan Dr aliakbar Gulasan (ADUN Dilantik) Bung yang juga
Menteri Kerja Raya Sabah berkata, JKR Sabah mempunyai aplikasi aduan awam yang
lebih sistematik dan teratur yang mampu memberi info lokasi kerosakan jalan.
Katanya, aplikasi itu juga dapat mengenalpasti situasi dengan lebih jelas dan
tepat selain aplikasi tersebut dapat merekodkan aduan-aduan orang awam
seterusnya mampu dimanfaatkan sebagai satu platform untuk melancarkan urusan
komunikasi orang awam dengan JKR. “Bagi Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) puIa
terdapat dua platform media sosial iaitu melalui Facebook Jabatan Air Negeri
Sabah dan Instagram jabatanair.official. “Facebook JANS berperanan untuk
memaparkan Notis- Notis Gangguan Bekalan Air Seluruh Sabah. Manakala Instagram
JANS berfungsi untuk memaparkan Notis Pemotongan Meter dan kaedah pembayaran
Bil,” katanya. Katanya, pada ketika ini, ruangan komen media sosial JANS telah
ditutup kerana Jabatan Air menggalakkan pengguna atau orang awam untuk terus
menghubungi JANS Careline supaya aduan atau masalah yang disampaikan dapat
diberi perhatian seterusnya diambil tindakan dengan segera tanpa terlepas
pandang di ruangan komen.
BORNEO_MEDIA.COM telah menjadi mata dan telinga rakyat sabah. kami akan menjadi medium utama untuk menyalurkan maklumat atau isu-isu berbangkit kepada kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat. berita kami akan sentiasa dikemaskini 24 jam dan sahih sebelum disampaikan kepada rakyat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah
Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...
-
4 April 2022, Isnin KENINGAU: Ketua kampung Sinua, Encik Makunsil Dungoh dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (J...
-
6 April 2022, Rabu BEAUFORT: Seorang wargaemas disahkan meninggal akibat kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kereta jenis ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan