Sabtu, 5 Februari 2022

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin yakin Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mampu bertahan jika semua parti gabungan dan wakil rakyatnya dapat berkerja sebagai satu pasukan dalam memenuhi aspirasi rakyat di negeri ini.

KUDAT: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin yakin Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mampu bertahan jika semua parti gabungan dan wakil rakyatnya dapat berkerja sebagai satu pasukan dalam memenuhi aspirasi rakyat di negeri ini.

Katanya, walaupun Kerajaan sekarang dibentuk oleh sembilan buah parti gabungan dan dianggap rapuh, namun jika ada kesepakatan yang padu di kalangan anggota serta wakil rakyatnya tidak ada sebab gabungan ini tidak mampu bertahan.

“Rakyat telah meletakkan kepercayaan serta aspirasi yang tinggi kepada Kerajaan yang ada pada hari ini, justeru kita perlu menghargai kepercayaan tersebut dengan kesungguhan bekerja untuk memajukan Sabah, melupakan segala perbezaan demi mencapai kesejahteraan dan kebajkan rakyat,” katanya ketika berucap merasmikan program “Backbenchers Retreat” di Kudat Golf & Marina Resort di sini malam tadi.
Hadir sama Pengerusi Kelab Backbenchers Kerajaan GRS, Datuk Seri Dr. Salleh Tun Said Keruak ,penceramah jemputan Datuk Haji Md Alwi Che Ahmad dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) GRS.

Menurut Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya,  bagi mewujudkan kerajaan yang stabil ianya menuntut kebersamaan semua pihak dalam menghadapi krisis dihadapi negara.

“Kebersamaan serta kerjasama ini amat penting untuk menstabilkan negara di saat krisis politik, kesihatan dan situasi ekonomi yang sedang dihadapi oleh rakyat Malaysia akibat penularan pandemik Covid-19,” katanya.

Sehubungan itu, Bung Moktar menambah dalam memenuhi aspirasi rakyat kepada Kerajaan pendekatan baharu perlu dilakukan dengan meninggalkan amalan lama, umum tapi tidak komited untuk melaksanakanya.

“Rakyat ketika ini begitu matang berfikir dan menilai tindakan Kerajaan dan wakil rakyat. Mereka tidak tidak lagi terbuai dengan pengumuman berapa banyak peruntukan untuk melaksanakan projek pembangunan tetapi apa yang mereka harapkan ialah tindakan segera perlaksanaanya,” katanya.

Bung Moktar mengakui Sabah terlalu jauh ketinggalan dalam aspek pembangunan insfrastruktur, kesihatan pendidikan dan lain lain ,dan disebabkan itu beliau lantang menyuarakan isu isu serta hak-hak rakyat Sabah terutamanya dalam aspek pembangunan di Dewan Rakyat untuk diambil perhatian dan tindakan segera Kerajaan Pusat.

“Dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat saya memang lantang membawa isu-isu pembangunan di Sabah namun saya terkilan setiap isu yang berhubung kait dengan kepentingan rakyat di Sabah amat jarang ADUN-ADUN Sabah tampil membuat kenyataan menyokong apa yang saya suarakan seolah-olah memberikan gambaran kita tidak bersatu dalam memperjuangkan hak serta kepentingan rakyat di negeri ini,” jelas beliau.

Dalam pada itu, Bung Moktar yang juga ADUN Lamag mahu setiap wakil rakyat GRS turut mengambil bahagian dalam sesi perbahasan semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Katanya, mereka (ADUN) bukan sahaja berbahas membawa isu-isu di kawasan tapi perlu membawa isu-isu yang lebih relevan dengan kepentingan rakyat dan negeri.

“Kita perlu menjadi (ADUN) yang berilmu pengetahuan berasaskan fakta bagi menangkis provokasi dan propaganda yang dibawa oleh parti lawan kepada kerajaan semasa sidang DUN. Jjika kita biarkan ianya memberikan presepsi yang negatif kepada Kerajaan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap program Backbenchers Retreat ADUN GRS ini akan dapat memberikan sedikit panduan kepada ADUN-ADUN tentang ilmu perbahasan disamping menjadi platform untuk bertukar-tukar pandangan dan idea bukan sahaja untuk pembangunan di kawasan masing-masing tetapi Sabah secara keseluruhanya. 
Sumber http://www.wartaoriental.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...